PPSMI?! Suatu ledakan 'Bom Nuklear' Malaysia?!
February 26, 2009
- "Para pelajar khususnya orang melayu tidak dapat bertutur dan menggunakan bahasa inggeris dengan baik": inilah adalah pandangan stereotaip yang mana hampir semua pembangkang PPSMI menggunakan alasan ini untuk menunjukkan bahawa anak orang melayu kita ini begitulah lemah dan tidak pintar sehingga kebolehan mereka diperkecilkan yang mana mereka tidak berupaya menggunakan bahasa inggeris khususnya didesa dan pendalaman dan setersunya mereka akan gagal dalam peperiksaan. Pada hakikatnya, pelajar melayu kita ini berupaya menggunakan bahasa inggeris dengan taraf yang agak baik dan setengahnya sangat baik sampai kadang-kadang macam mat saleh juga. Isu ini tidak relevan dibangkitkan dan kebenarannya adalah orang kita juga harus mempelajari sesuatu yang baru.
- "Pelajar yang merupakan generasi pewaris tidak akan patriotik sebab PPSMI dilaksanakan": Pendapat ini merupakan sebuah lagi lawak jenaka dari sarkas kerana jika kita belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris kita tidak patriotik, mengapa orang zaman dahulu yang rata-ratanya menerima pendidikan disekolah inggeris yang mana hampir semua subjeknya adalah dalam bahasa inggeris kecuali subjek bahasa melayu sungguh patriotik? Mereka memperjuangkan kemerdekaan dalam pelbagai cara malah ada yang sanggup biar berputih tulang jangan berputih mata asalkan negara kita merdeka. Lihat sahaja Tungku Abdul Rahman sebagai contoh tokoh yang paling mudah, beliau mendapat pendidikan di sekolah inggeris dan merupakan graduan universiti inggeris juga sungguh patriotik dan akhirnya berjaya dalam rundingan memerdekakan Malaysia? Sedangkan beliau belajar dalam bahasa inggeris bukan dan sepatutnya tidak patriotik? Suasana yang dilihat adalah jauh berbeza. Ya, kadang-kadang kita terlepas pandang yang mana sesetengah atuk dan nenek kita yang berpelajaran ini rata-ratanya juga mendapat pendidikan awal dan menegah di sekolah inggeris yang mana semuanya dalam bahasa inggeris dan mereka juga sangat petriotik bukan? Memang tidak disangkal jika sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris tidak akan membuahkan apa-apa hasil negatif malah mengungtungkan lagi orang yang mempelajarinya.
- "Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dan kebangsaan akan lupus": Pendapat ini sering disuarakan oleh pencinta bahasa melayu tetapi mereka hanya menyuarakan sahaja tanpa fikir masak-masak akan hal-perihal yang sebenar. Bahasa melayu yang kita semua cintai ini tidak akan luput kerana hanya PPSMI diteruskan. Bagaimana pula dengan geografi, sejarah, agama islam, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan kesihatan, bahasa melayu dan lain-lain subjek yang diajar dalam bahasa melayu yang jauh lebih banyak untuk dipelajari tidak akan dapat mengimbangkan penggunaan bahasa inggeris yang semata-mata diajar dalam subjek bahasa inggeris, matematik (dan cabangnya) dan sains serta cabangannya. Maksudnya, jika PPSMI diteruskan sekalipun, subjek lain yang lebih banyak itu harus dipelajari dalam bahasa melayu lagi bukan? Jadi tidak mungkin para pelajar dan generasi masa depan akan melupakan bahasa kita. Ironiknya, orang yang mencintai bahasa melayu serta membangkang PPSMI ini juga cakap dalam bahasa inggeris sepanjang masa. Lihat orang cina dan india di Malaysia. Rata-rata mereka dapat bertutur dalam tiga bahasa, iaitu bahasa ibunda mereka, bahasa melayu dan inggeris. Berbeza bukan dengan orang melayu? Orang melayu cuma harus belajar bahasa inggeris dan mempunyai dua bahasa akan melupuskan bahasa mereka sendiri? Fikir-fikirkanlah...
- "Orang eropah yang mempunyai banyak bahasa masing-masing, dapat bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik manakala mereka belajar dalam bahasa sendiri juga misalnya seperti orang Jerman, Belanda, Perancis dan lain-lain": Orang yang memberi pendapat ini seolah-olah memperbodohkan diri sendiri depan orang ramai kerana tahap psikomotor seseorang itu adalah berlainan. Lihat sahaja orang eropah yang jauh lebih pintar dan rata-rata mereka mempunyai tahap I.Q lebih tinggi dari orang Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika mereka dapat menguasai bahasa inggeris dengan cemerlang sekali. Berbeza dengan orang Malaysia yang harus diberi penekanan dalam mempelajari sesuatu bahasa. Ini kerana orang disana (eropah) bukan jenis 'exam based-orientated' yang mana orang Malaysia memang sudah terkenal dengan budaya 'exam based-orientated'. Orang eropah elajar kerana minat mereka dalam sesuatu bidang yang mereka pelajari, orang kita belajar kerana peperiksaan dan untuk mendapat kerja. Suasana adalah jauh berbeza sekali untuk dibandingkan.
Itulah antara pendapat-pendapat yang kita sering dengar dari para pembangkang PPSMI. Kita akan lihat pula kepada penyelasaian dan sebab-sebab mengapa isu- PPSMI ini dihangatkan.
- Untuk mencari populariti: Isu ini sahaja dihangatkan dan diperbesar-besarkan supaya pendapat mereka itu mendapat perhatian masyarakat dan seterusnya mereka menjadi terkenal. Sesetengah pihak menjadikan PPSMI ini sebagai medium untuk berpoltik kerana mereka percaya yang orang kita ni mudah terpengaruh jika mereka membangkang PPSMI dengan pelbagai alasan yang hanya sekali imbas bukan secara mendalam difikirkan.
- Ketandusan idea berpolitik: Kadang-kadang, isu pelajaran ini juga boleh dipolitikkan kerana sesentengah pihak yang membangkang PPSMI ini lebih mudah terpedaya dengan golongan politik yang mempergunakan PPSMI ini sebagai medium politik mereka.
Sebab mengapa isu PPSMI ini dibangkitkan adalah tidak banyak kerana orang yang membangkitkann isu ini adalah objektif utamanya adalah mencari populariti semata-mata bukan memperjuangkan bangsa dan bahasa sendiri pun. Ada Prof dan ahli-ahli akademik memberi pendapat PPSMI tidak relevan tetapi semasa mereka memberi pendapat mereka itu, mereka tidak sedar pun yang sebenarnya mereka bercakap dalam bahasa inggeris yang menunjukkan mereka itu sekadar cakap lain buat lain.
Itulah masalahnya hari ini. Cakap dimulut lain, dihati lain. Agenda tersembunyi yang tidak diketahui itu mendorong seseorang untuk terus berpoligami supaya PPSMI menjadi tidak relevan dengan orang Malaysia
Penyelesaian
- Jangan terlalu memperkecilkan kebolehan anak bangsa kita sendiri.
- Jangan kita menjadi terlalu penakut dan kolot untuk mempelajari sesuatu yang baru.
- Jangan kita menjadikan perasaan takut untuk bertutur dalam bahasa inggeris menjadi halangan kita dari berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
- Jangan kita hanya fikirkan untuk kepentingan diri sendiri.
- Jangan kita fikir yang diuniversiti kelak kita akan belajar dalam bahasa melayu.
- Jangan kita harap yang kita boleh menjadi masyarakat global tanpa berani mencuba sesuatu yang baru dan asing seperti menggunakan bahasa inggeris.
- Jangan ibubapa pun menyokong PPSMI tidak relevan kerana mereka risau anak-anak mereka tidak boleh cemerlang dalam peperiksaan sebab jika hanya cemerlang dalam PMR dan SPM sahaja dan tumbang di universiti sebab semuanya dalam bahasa inggeris, jadi tak guna langsung lah.
- Jangan isu pelajaran dipolitikkan.
- Jangan kita mencari populariti dengan membangkang sesuatu yang benar dan boleh mengungtungkan semua orang yang seterusnya jika dibangkang boleh menyebabkan kerugian yang dashat.
- Jangan kita terlampau berfikiran negatif tidak kena tempat.
Yang menjadi hal disini, mengapa isu PPSMI harus diheboh-hebohkan padahal tiada apa yang harus diheboh-hebohkan? Adakah pihak yang cuba mengheboh-hebohkan ini hanya mencari populariti semata-mata? Jawapannya adalah Ya!
Ironiknya, jika mereka terlampau patriotik sebab belajar hanya sains dan matematik dalam bahasa melayu pada zaman dahulu, mengapa sesetengah dari mereka hari ini mengkhinati negara, bangsa dan agama dengan berdemostrasi sana sini, mengkhinati Sultan dengan menghina serta mencaci sultan?!
Rentak sudah berubah! Wahai bangsa Malaysia yang berbilang kaum dan agama yang agung, mengapa kita harus bersengketa dan terlalu kolot untuk mempelajari sesuatu yang baru?! Adakah kita sudah tidak mengejar kemajuan lagi?! Ingatlah! Jangan sesekali kita senang dengan apa yang kita ada! Nescaya, kesenangan ini diambil semula oleh tuhan dalam sekelip mata. Ingatlah! Kita harus berusaha dalam menuntut ilmu. Ilmu itu banyak! Tidak salah mempelajari dan mengamalkan ilmu yang benar dan baik.
Konklusnya, kita harus menyokong PPSMI dan tidak melontarkan sebarang pendapat 'Buatan Hutan' oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mencari populariti dan mempunyai agenda peribadi yang dasyat yang hanya mencari sesuatu isu yang hangat untuk dihangatkan lagi supaya hasrat mereka tercapai. Akhir kalam, belajarlah selagi hayat dikandung badan, jangan kita terlalu pengecut dan kolot untuk mempelajari sesuatu yang baru, semoga bangsa kita ini dirahmati Allah dan boleh menjadi sebuah bangsa yang agung dengan orangnya berilmu, berbudi perkerti dan elok perangainya
Posted by Mohd Syameer. Posted In : Isu PPSMI