Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Adalah disini ingin dimaklumkan bahawa, kami pihak pengurusan kumpulan blog-blog Daily Life, Cerita Saya dan Realiti Kehidupan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyokong sebuah parti politik yang mencaci dan menghina Sultan Perak dan Raja Muda-nya, serta menghalang serta cuba mencederakan Tuanku Raja Muda Perak. Adakah kerana politik, rakyat kita yang taksub ini sanggup menghina dan menafikan kedaulatan Sultan? Melayu mudah lupa. tanpa Tuanku Sultan, Melayu akan menjadi seperti anjing yang kehilangan tuan. Tiada tentu arah. Makan saja sampah di tong sampah. Islam di Malaysia tidak akan teguh tanpa adanya ketua agama iaitu Sultan, apa perspektif penyokong parti politik yang memperjuangkan Islam padahal mereka menghina dan mencaci raja mereka sendiri? Apa sudah terjadi kepada rakyat, kerana politik yang hina itu, Tuanku Sultan yang dihina dan dicaci. Ya Allah! Ya Allah!! Ya Allah!!! Dunia ini sudah kiamatkah? Manusia kini seperti binatang, tidak kenal tuan atau lawan, tidak kenal dosa atau pahala, tidak kenal taat atau khianat, tidak kenal agama atau ajaran sesat!!!
Kini, perkataan Allah-hu-Akbar (Allah Maha Besar) telah menjadi alat permainan orang politik. Lihat sahaja pengkhinat negara, bangsa dan agama yang bangsat ini, mereka melaung-laungkan Allah-hu-Akbar ketika mereka sedang menunjuk perasaan kerana hal duniawi yang pada hakikatnya benar, mereka menghina dan mencaci Sultan yang harus ditaati, dihormati dan diagungkan. Sesiapa yang tidak puas hati dengan kenyataan saya ini bolehlah melaporkan ke balai polis yang berdekatan jika rasa-rasa saya menimbulkan isu perkauman, maklumlah yang baca ini bukan orang yang berfikiran luas dan bijak pandai sahaja serta yang taat kepada negara, agama dan bangsa, malah yang pengkhianat negara, agama dan bangsa juga. Tidak dinyatakan disini mana-mana orang atau organisasi.

Islam. Islam. Cakap tentang Islam kita mesti teringat sesetengah orang kata, orang Islam mestilah hormat dan taat kepada pemimpin yang benar samada Raja, Sultan, President, Perdana Menteri, Menteri, Wakil Rakyat atau Bos dan lain-lain, tetapi apa yang kita lihat hari ini adalah lain sekali. Mereka memilih untuk mempergunakan nama Islam dan menunjuk perasaan di sana sini dan mencemarkan imej Islam yang kini dikenali kerana keganasaan mereka. Keganasan merujuk kepada pergerakan-pergerakan pengganas ekstremis haram seperti, Rangkaian Al-Qaeda, Osama Bin Laden dan lain-lain lagi. Sekali dimaklumkan, tiada niat mencaci nama Islam disini, kerana ini adalah contoh tentang kebiadapan penyokong sebuah parti politik yang menghina Sultan tetapi menggunakan Islam sebagai topeng dan pelindung mereka, inilah pengkhianat sebenar. Adakah seseorang yang memperjuangkan Islam akan memperjuangkannya jika tidak tahu hukum hakamnya? Sudah tentu tidak bukan?! Jadi mereka yang memperjuangkan Islam tetapi telah menyebabkan huru-hara disana sini, mencaci pemerintah, mengharamkan kebenaran adalah pejuang Islam yang selama ini menuntut kebenaran?!

Beralih kepada negara, para pengkhianat ini mungkin telah dihasut oleh seorang badut yang menyebarkan ajaran sesat dikalangan mereka yang tidak diketahui namanya atau batang hidungnya. (Lihat perkataan mungkin). Badut-badut pengkhianat ini, sememangnya ingin menjahanamkan Malaysia yang aman, makmur lagi tenteram ini atas sebab-sebab peribadi. Rakyat yang mudah terpedaya, yang tidak mengerti sejarah negara, kesusahan membangunkan negara serta memerdekakan negara ini akan bertindak seperti anjing kelaparan yang akan makan sahaja sampah walaupun di tong sampah sekali pun, kerana mereka ini akan mengikut setiap jari telunjuk badut atasan mereka yang mempunyai agenda peribadi yang dashat. Melalui penunjukan perasaan disana sini, sudah tentu pelancong akan takut untuk datang melancong ke negara kita ini, para pelabur akan membuat spekulasi bahwa banyak pusat komersial akan ditutup kerana takut diserang penunjuk perasaan ekstremis ini, negara akan rugi dari hasil pendapatan ekonomi seperti, pelancongan, pelaburan dan perkhidmatan. Akhirnya Malaysia akan gulung tikar, dan terpaksa digadai kepada negara pemihutang. Rakyat Malaysia pula akan menjadi seperti anjing yang sekandang dengan harimau apabila pihak penjajah akan mengenakan cukai yang jauh lebih ekstrem tinggi, tiada buku atau yuran sekolah dan lain-lain percuma, tiada rumah PPR yang langsung hanya mengungtungkan kerajaan apabila penghuninya tahu membalas jasa tidak seperti penghuni-penghuni sebuah flat PPR yang terletak berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah mega iaitu MidValley yang telah mendapat setiap seorang rumah yang lebih sempurna berbanding setinggan mereka sebelum ini atas dasar keprihatinan kerajaan Barisan Nasional. Masyarakat Malaysia terutamnya Melayu dalam konteks ini, memang mudah lupa akan sejarah bahwa bertapa susahnya kita hendak merdeka. Melayu mudah lupa. Maka benarlah kata-kata dari buku ilmiah dari idola saya iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Melayu mudah lupa. (Ya, sekali lagi, artikel ini adalah tidak ditujukan pada individu atau organisasi tertentu, siapa makan cili, dia rasa pedas.)

Cakap tentang bangsa, adakah orang Melayu kita ini tidak sedar akan pentingnya menhormati serta mentaati Sultan yang merupakan ketua adat istiadat Melayu, ketua agama Islam negeri dan pembela nasib rakyat? Malah, orang bangsa lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain juga mengerti untuk menghormati Sultan. Mengapa kita orang Melayu tidak dapat menghormati ketua kita sendiri? Biadab sangatkah, hina sangatkah untuk Sultan kita membuat keputusan berdasarkan kebenaran yang disahkan?! Takkan perkara benar diharamkan? Takkan perkara haram di halalkan? Takkan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang menitahkan kebenaran dan realiti diharamkan? Takkan bina projek mega ladang babi terbesar pernah dibina di Halalkan atas dasar bina sahaja, ambil untung lepas tu tak payah makan, jadi halallah?! Ini adalah ajaran sesat bukan?! Islam telah menyatakan bahwa haram jika benda itu sudah jelas-jelas haram. Mengapa fakta harus di terbalikkan?
Ini semua kerana gila kuasa. Kerana kegilaan kuasa, seseorang itu sanggup mengadakan apajua helah untuk mendapatkannya, menipu apa sahaja apabila Neraka Jahanam (Hell) berada di depan mereka tunggu untuk menjilat mereka sahaja di akhirat nanti. Rakyat yang terpedaya oleh helah dan permainan politik ini insaflah.... Jangan kita caci-mencaci sesama kaum atau dengan kaum lain lagi! Sedarlah! Sedarlah Bangsaku! Sedarlah! Mengapa kita harus mengkhinati Negara, Agama dan Bangsa sedangkan kita perjuangkan hak yang sama tanpa mengira bangsa, agama atau negara. Mengapa harus kita khianati Sultan?! Sedangkan kita mendapat banyak manfaat dari Sultan.

Jadi, akan hilanglah melayu di dunia ini jika orang Melayu itu sendiri tidak menghormati Sultan yang merupakan pemimpin mereka, maka pengkhianatlah pula akan mereka yang tidak mahu menerima kebenaran dan realiti.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Patik Junjung Kasih Tuanku
"Takkan melayu hilang di dunia ini!"
Hang Tuah
"Akan tetapi melayu akan hilang di dunia ini apabila Sultan itu sudah tidak di hormati dan ditaati oleh bangsanya sendiri"
Apabila kita lupa